Sulit
5 tahun
Tidak datang haid semasa tempoh waktu rehat makan pil perancang
Saya hampir 4 tahun mengambil pil perancang regividon.setiap bulan akan datang haid hari 1 atau hari ke4 tapi x menentu kadang2 banyak kadang2 sikit… Tetapi bulan ni hari ke 7 masih belum datang period… Macamana nak bagi ada haid…anak saya dah 3 org…saya xnk mengandung lagi…sebab saya nak sambung belajar bulan depan…xboleh pregnant…perlu ke saya teruskan makan pil perancang itu…pil apa yang boleh buat haid? . Tolonglah saya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat pelbagai kesan sampingan yang boleh dialami melalui pengambilan pil perancang. Antaranya:
- loya/muntah
- emosi tidak stabil
- kitaran haid terganggu (haid lewat, berlebihan,berpanjangan) anda mungkin mengalami masalah ini.
Sekiranya anda mengambil pil perancang ini seperti biasa, anda seharusnya dilindungi daripada kehamilan.
Namun, jika masalah ini berlanjutan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































