
Sulit
3 tahun
Tidak datang haid setelah mengamalkan supliment makanan dan minuman selain itu kemaluan saya telah mengeluarkan cecair yang jernih berserta darah beku
saya wanita berumur 19 tahun saya telah mengambil supliment seperti minuman dan makanan dan selepas itu saya tidak datang haid tetapi kemaluan saya telah mengeluarkan cecair jernih besertakan 2 ketul darah beku dan saya juga turut merasa sakit pinggang pada setiap hari dan krem perut seperti ingin datang haid selain itu kemaluan saya juga mengeluarkan cecair yang jernih pada setiap hari jadi apakah yang saya perlu lalukan untuk menormalkan semula period saya ??

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa lagi informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai beberapa gejala yang berlaku serentak, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- Peningkatan ketidakstabilan hormon
- Masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - Penyakit-penyakit lain seperti gangguan tiroid yang terlalu aktif, sindrom ovari polisistik (PCOS), dll.
- Gangguan hormon yang lain
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun buat sementara waktu, anda boleh cuba:
- mengekalkan berat badan yang ideal
- lazimkan bersenam atau eksesais sesuai kondisi tubuh
- mendapatkan rehat dan tidur yang cukup
- jauhi faktor yang mencetus stres
- jauhi penggunaan suplemen atau ubat tanpa merujuk doktor
- perubahan pola makan seperti:
- jauhi makanan yang rendah karbohidrat & tinggi serat
- tingatkan pemakanan yang tinggi polyunsaturated fatty acid & tinggi kandungan folat
- lemak sayuran
- kacang
- ikan
- nenas
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.