
Sulit
4 tahun
Tidak datang period berbulan bulan sejak bulan jun
hai doktor , sya berumur 16 tahun . sya mengalami period yg tidak teratur sprti tidak dtg bulan sejak bulan jun sehinggala sekarang . namun mak sya pun sama . bila saya datang bulan pun paling lama 4 hari je . adakah sya mewarisi mak sya ? sya risau disebabkan kes kanser rahim dha makin banyak . namun , saya tak pernah merasa sakit perut ataupun sakit lain . adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid tidak teratur yang dihadapi sejak beberapa bulan yang lalu.
Untuk makluman anda, masalah haid tidak teratur pada biasanya boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor am seperti terlebih senaman, pemakanan dan juga gangguan stress. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh mengganggu hormon kitaran haid
- Ketumbuhan polip atau fibroid
- Kanser rahim atau ovari (lebih kerap berlaku pada usia yang tua)
- Penyakit keradangan pelvis (PID)
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Masalah fungsi ovari
- Masalah penyakit darah secara turun temurun.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Pada biasanya, perkara ini adalah perkara yang normal berlaku. Namun, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sakit puan anda sekiranya:
- Mengalami haid tidak teratur secara berpanjangan (tahun)
- Senggugut yang datang tanpa kait dengan kedatangan haid
- Pengeluaran keputihan yang busuk dan aneh
- Masalah pembuangan air kecil
- Kegatalan pada kawasan alat sulit
- Pendarahan yang berlebihan
- Keletihan dan tidak bermaya
- Simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, penurunan berat badan dan juga degupan jantung laju.
Setakat ini, terdapat tiada bukti mengatakan bahawa masalah haid tidak teratur ini adalah satu penyakit keturunan, melainkan ia berpunca daripada ketumbuhan fibroid atau polip, dan juga kanser rahim.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!