
Sulit
3 tahun
Tidak datang period genap 2 tahun
sejak saya melahirkan anak pertama. saya tidak pernah datang haid setelah mengambil family planning depo . Sekarang saya dah berhenti ambil suntikan depo. bermula dari bulan 5. sekarang hampir setiap hari menghidap sakit kepala adakah itu kesan sampingan selepas ambil suntikan depo ? atau ada peluang untuk hamil walaupun belum datang haid selepas pengambilan depo?

3 tahun
Salam sejatera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penjelasan anda, kami memahami anda mengambil suntikan Depo sebagai langkah perancang keluarga dan telahpun berhenti mengambil suntikan tersebut. Anda ingin mengetahui sekiranya sakit kepala anda adalah disebabkan suntikan tersebut dan jika anda boleh hamil lagi. Kami akan cuba menjelaskan mengenai perkara ini untuk anda.
Untuk pengetahuan anda, sakit kepala yang anda alami bukan antara kesan sampingan suntikan Depo. Secara amnya, ia boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti dehydrasi, pengambilan minuman berkafein yang berlebihan, stres, dan sebagainya.
Bagi ramai wanita yang mengambil suntikan Depo, kitaran haid akan kembali ke normal dalam 6-18 bulan, dan kehamilan boleh berlaku selepas itu, tetapi jawapan ini adalah secara amnya, dan anda perlu merujuk kepada doktor bagi mandapatkan nasihat yang tepat.
Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian untuk maklumat lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.