Sulit
4 tahun
Tidak datang period semasa tempoh rehat pil perancang
Hai, saya ingin bertanya , saya telah hbis makan pil pada 10hb. dan saya rehat pil 7hari berakhir harini ini. esok saya start makan pil balik. tetapi pada tempoh 7hari rehat saya tidak period. dan pada tempoh 7hari ada bersama suami, adakah kemungkinan tinggi untuk hamil pada tempoh rehat pil tu ye ? da patut kah saya teruskan makan pil perancang untuk esok ?terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jika anda telah memakan pil perancangan setiap hari dan mengikut waktu, anda patut dilindungi daripada kehamilan dan risiko untuk hamil adalah rendah. Anda perlu meneruskan pengambilan pil perancang kehamilan seperti biasa.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.



































