Sulit
6 tahun
Tidak datang period,tapi upt negative
Saya berumur 26 tahun,sudah berkahwin,belum dikurniakan anak.saya dah sebulan tidak dtg haid,check upt negative…sebelum ni sye period
sntiasa regular…apa perlu saya buat?..adakah sye perlu melakukan ultrasound atau ambil darah beta hcg utk accurate result?..saya risau jika sye pregnant,sye xtau sbb sye bekerja agk aktif dan lasak…tq…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Teknik penggunaan ujian kehamilan yang salah (Klik pada link ini (Ujian Kehamilan) untuk cara penggunaan yang betul)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda boleh mengunjungi ke klinik untuk mendapat UPT dengan lebih tepat dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih teliti untuk memberi diagnosa yang lebih tepat.
Sekiranya masalah ini berlanjutan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





























