
Sulit
3 tahun
Tidak haid berbulan dalam masa yang lama saya tidak datang bulan selama 6 bulan
Saya remaja 18 tahun tidak haid berbulan bulan dan perut saya keras dengan buncit dan ngilu di bahagian perut dan sering sakit pinggang

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang telah diajukan
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah haid yang tidak datang selama 6 bulan serta ngilu di bahagian perut dan sakit pinggang. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini
Untuk pengetahuan anda, antara gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan emosi
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Kesan sampingan pil perancang kehamilan
Penyakit yang lebih serius yang boleh menyebabkan gejala haid tidak datang yang memerlukan pemeriksaan lanjut adalah:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovaro atau serviks
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi