
Sulit
4 tahun
Tidak haid selama lebih 3 bulan
Saya wanita berusia 23 tahun. Saya seringkali mempunyai kitaran haid tidak teratur sejak berumur 14 tahun… selalunya paling lama tidak haid ialah selama 2 bulan. tapi kalini saya sudah tidak haid lebih dari 3 bulan. saya tiada simptom mengandung.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh anda dan juga doktor. Untuk makluman anda, masalah tidak datang haid boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Selain itu, maklumat lanjut mengenai kitaran haid anda juga perlu diketahui dengan lebih mendalam untuk mengenal pasti punca masalah tidak datang haid yang dialami oleh anda. Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.