
Sulit
4 tahun
Tidak haid selepas makan postinor
Hi doctor .sya gadis berumur 25 tahun,saya telah memakan postinor pada 25/12 pada haid sy yg kelima hari …saya makan postinor pd hri trsebut kerana takut hamil kerana sperma llki trpancut d dalam … dan selepas itu 30/12 kluar tompokan darah seperti haid selama 3 hari dan lebih merisaukan sy sehingga hari ini saya belum period ,sya juga telah melakukan UPT selepas dua minggu …hasil nya negatif …adakah haid sy lewat akibat postinor ini ataupun saya hamil hari ini sd sebulan sy tdk period mohon penjelasan doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, pil perancang kecemasan mempunyai hormon norethisterone yang tinggi untuk mengelakkan produk persenyawaan diimplan pada dinding rahim dan ia tidak digalakkan untuk digunakan secara rutin.
Berikut merupakan antara kesan sampingan pil perancang kecemasan yang biasa dilaporkan.
- Gangguan kitaran haid
- Pendarahan spotting
- Perubahan mood
- Sakit perut
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Mual
- Muntah
- Ketidakselesaan payudara
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Haid lewat juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Kehamilan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan boleh mengganggu kitaran haid
- Jadual aktiviti harian yang sibuk
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancang keluarga (pil, implan, suntikan atau IUD)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada haid lewat anda disebabkan kehamilan ataupun sebab lain. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan sekiranya perlu.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari maka tempoh alirannya pula adalah di antara 2 hingga 7 hari. Anda digalakkan untuk merekod kitaran dan aliran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar supaya boleh dijadikan rujukan anda atau doktor pada masa hadapan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.