
Anonymous
5 tahun
Tidak mahukan zuriat lagi
Saya baru kahwin jadi saya dengan isteri tidak mahukan zuriat lagi, jadi semalam saya bersama isteri saya dan saya terlepas pancut dalam,dalam pukul 10 lebih macm tu , lepas itu isteri saya dia membeli pill postinor 2 pada jam 9 lebih pagi saya nak tahu berkesan ataupun tak pill itu yaa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan, Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan. Ia diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Untuk maklumat lanjut klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih