
Sulit
5 tahun
Tidak mengambil nasi ketika hamil disebabkan alahan mengandung yang saya alami sangat kuat
Hai doc . Saya wanita berusia 22 tahun yang kini hamil 6 minggu. Saya tidak boleh memakan nasi kerana alahan yg saya alami sangat kuat. Apakah makanan yang sesuai saya ambil untuk menggantikan nasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai sumber karbohidrat yang boleh menjadi pengganti kepada nasi. Antaranya:
- Roti
- Kentang
- Pasta
- Jagung
- Kacang hijau
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada pakar pemakanan untuk merancang diet yang sesuai untuk anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.