
monirsalleh190
5 tahun
Tidak mengambil Pil perancang
Saya tidak mengambil pil perancang selepas haid dan saya ingin mengambil kembali pil perancang

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda ingin mengambil pil perancang selepas habis haid, anda boleh berbuat demikian dan perlu diikuti dengan langkah pencegahan tambahan seperti pemakaian kondom sekurang-kurangnya seminggu semasa pengambilan pil perancang. Berkenaan jenis pil perancang pula, anda boleh menggunakan jenis yang sama sebelumnya atau menukar kepada yang baharu. Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai pil perancang, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.