
Sulit
5 tahun
Tidak pasti masalahnya
Hi & good day Dr,
Saya wanita berusia 24 tahun. Saya tidak tahu masalah kesihatan saya tetapi saya listkan simptom yg terjadi :
- kehilangan berat badan since februari 2019 untill december 2019
- sakit belakang yg kerap
- kembung perut
- susah membuang air besar
-kerap sakit kepala sehingga muntah - terasa ada denyutan pada bahagian perut
- sering letih dan lesu
-nafas berbau
-batuk & selsema *on off tetapi sudah 1 bulan (nov 19-dec 19)
Saya sudah membuat pemeriksaan di klinik kesihatan tetapi saya kurang berpuas hati dengan result yang diberikan. Adakah saya perlu melakukan full medical checkup di klinik swasta? Mohon penerangan yang lebih daripada doctor.
Thank you in advance Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit radang usus (Inflammatory Bowel disease)
- Masalah buah pinggang
- Sindrom usus tidak selesa (Irritable bowel syndrome)
- masalah tiroid
Kami menyarankan anda untuk mendapatkan rawatan lanjut dengan manjalankan ujian saringan dimana-mana klinik bagi mengenal pasti punca masalah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.