
Sulit
5 tahun
Tidak period 3 bulan
Saya wanita 20an dan belum berkahwin. Nak tanya dr apa pil hormon yg sesuai diambil untuk menstabilkan hormon. Saya jugak mengalami msalah jerawat dan haid tidak dtg selama 3 bulan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Masalah hormon.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.