
Sulit
4 tahun
Tidak period setelah ambil injection perancang
Saya mengambil injection selama setahun tetapi 5 bulan saya tak ambil injection masih juga belum period

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah tidak datang haid dan haid tidak teratur, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Anda masih risau tentang haid yang tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Bagi masalah yang dialami oleh anda, sukar untuk kami katakan puncanya berdasarkan kenyataan yang diberi sahaja kerana maklumat lanjut adalah diperlukan terutama status kesihatan dan sejarah kitaran haid anda dan juga pemeriksaan oleh doktor perlu dilakukan supaya puncanya dapat dicari. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.