ntshjml
6 tahun
Tidak period tetapi tidak hamil
Saya berumur 18 . Saya tidak period dlm jangkaan masa 6 bulan tetapi saya tidak hamil .
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
-Berat badan berlebihan
-Mengambil pil perancang kehamilan
-Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
-Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
-Ketumbuhan fibroid atau polip
-Dysfunctional uterine bleeding
-Penggunaan alat IUD
-Kanser rahim atau cerviks
-Masalah pembekuan darah
-Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


























