
Sulit
4 tahun
Tidak pernah lagi datang haid selepas haid pertma
hi doktor saya remja umur 15.nak tnya.sya last period msa umr 13 thn.tapi smpai skrng msh belum ada tnda" nak priod balik.apa mslhnya dok.minta bantuannya dok

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari
- Berat badan: Berat badan berlebihan boleh mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid yang tidak teratur
- Kegagalan ovari (ovarian failure)
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Disebabkan anda tidak mengalami haid buat masa yang lama, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dengan segerasupaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda masih risau tentang masalah tidak datang haid? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.