
Anonymous
6 tahun
Tidak selesa di bahagian miss V
Saya wanita berusia 30 thn. Masih menyusukan anak dan tak mengalami period sejak 8 bulan lepas (sejak melahirkan). Sejak 2 hari lepas,miss V saya kurang selesa dan agak gatal. Tiada vaginal discharge spt keputihan dll… cuma agak kerap keluar angin dari lubang vagina…
Boleh doktor jelaskan masalah dan apakah penyelesaian yang sesuai ya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih