Sulit
3 tahun
Tidak selesa pada payudara
Saya merupakan ibu yang selepas 1tahun bersalin kepada anak pertama,tetapi saya tidak berjaya menyusukn ank sy kerana puting tenggelam,apabila cuba lakukan lekapan,dia menangis,sy menggantikan dengan susu formula dan EBM selama 3-6 bulan…selepas masuk kerja,sy kurang lagi EBM kerana tidak sempat dan akhirnya susu mengering dgn sendiri…sejak kebelakangan ini,sy sering rsa berdenyut di payudara sewaktu haid…mgkn disebabkn hormon
Soalan sy,sewaktu selepas haid,sy juga merasa tidak selesa di payudara kanan,terutamanya dari bahagian puting dan ke bahagian bawah…ia merasa nyilu jika payudara sy bersentuhan dgn sesuatu atau kadang2 dia juga terasa dgn sendirinya…
Apakah masalah sy ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu ketidakselesaan pada payudara. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Saluran susu ibu yang tersumbat /Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap perkara ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung kepada doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Untuk info lanjut mengenai masalah anda secara mendalam, sila klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih