
Sulit
4 tahun
Tidak selesa pd bhagian tekak
Akhir2 ni stiap kali makan sy merasa kn ada mknan yg lekat pd bhgian tekak ats dada shingga sy rasa tdk selesa dan tepksa muntahkan smula mknan tersebut dan lidah serta lelangit rsa tdk slesa serta tawar … knpe ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Tonsillitis
Ketumbuhan dalam tekak
Radang tekak
Globus makanan
Terdapat bahagian yang sempit pada laluan tekak “stricture”
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.