
Sulit
4 tahun
Tidak sengaja ambil Simvastatin
Saya wanita berusia 31 tahun. Baru baru ini saya buat pemeriksaan kolsterol dalam darah, total kolestrol saya 5.87 mmol/litre. Sy berasa sakit kepala seminggu ini. Sy berasa sangat risau. Lalu sy di prescribe dgn simvastatin 20 mg, sekali sehari.
Saya baru mulakan pengambilan ubat semalam.
Saya juga menghidapi PCOS dan dalam proses memgurangkan berat bdn. Skrg sy 84kg, tinggi 150.
Apa yang sy risaukan disini…saya sedang cuba utk hamil, dan simvastatin sepatutnya tidak boleh di ambil oleh wanita y sedang atau rancang mengandung.
Sekarang sy merasa amat risau. Tarikh jangka period sy lagi 10 hari.
Macam mana doktor? Saya risau.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai peggunaan ubat Simvastatin yang diberikan untuk mengawal jumlah kolesterol tinggi dalam badan anda. Gejala sakit kepala yang anda alami ini juga mungkin berkait sama ada dengan penggunaan ubat tersebut ataupun masalah PCOS yang dihadapi ketika ini.
Untuk makluman anda, penyakit sista ovari atau Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) merupakan sejenis penyakit ovari yang secara langsung akan mengganggu kesuburan anda dan keupayaan anda untuk menjadi hamil. Ini adalah kerana ketumbuhan sista pada ovari akan mengganggu ovulasi anda dan persenyawaan tidak dapat berlaku.
Adalah tidak boleh dinafikan bahawa penggunaan Simvastatin ini adalah berbahaya untuk wanita yang mengandung kerana ubat tersebut boleh mengganggu ketumbuhbesaran dan kesihatan bayi atau janin dalam wanita yang mengandung. Oleh itu, sekiranya anda ingin menjadi hamil, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan ubat kawal kolesterol yang selamat digunakan ketika kehamilan. Simvastatin akan mengganggu kehamilan secara khususnya sekiranya diambil ketika seseorang itu tengah hamil (bukan sebelum).
Namun, menurut situasi anda, kami sarankan anda untuk menerima nasihat daripada doktor anda mengenai perancangan anda untuk menjadi hamil kerana kemungkinan penyakit PCOS yang anda hadapi boleh mengganggu kesuburan anda secara langsung. Sila dapatkan rawatan yang khusus daripada doktor anda bagi menangani masalah ketumbuhan sista ovari terlebih dahulu sebelum memulakan perancangan untuk membina keluarga yang tersayang.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.