Sulit
2 tahun
Tidak sihat, pening kepala, selsema, alergi, sakit badan
Salam Dr. Saya tidak sihat, pening kepala, penglihatan kabur, selsema. Kadang kala sakit dada rasa lemas.
Bagaimana mana, nak buat pemeriksaan kesehatan? Saya perlu bookdoc atau hospital?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, pening kepala, penglihatan kabur, selsema, sakit dada dan rasa lemas boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kurang darah
- Tekanan darah rendah
- Angina
- Penyakit jantung iskemia
- Gangguan saluran darah
- Penyakit paru-paru
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda boleh buat temu janji di mana-mana klinik kesihatan atau hospital berdekatan untuk berjumpa doktor.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Jantung.