
Sulit
4 tahun
Tidak sihat selalu berasa nak pitam
Salam sejahtera , sy wanita berumur 24tahun dan mempunyai 2 orang anak yang berumur 2tahun 7bulan dan 1tahun 6bulan. Mereka masih menyusu badan lagi . Sy mempunyai masalah berat badan turun dari 46kg , sekarang 39kg . Sy jugak sudah mengalami cirit hampir sebulan lebih sy membuang najis sehari 3 atau 4 kali . Dah pernah pergi ke hospital tapi cuma dibagi ubat air garam tapi cirit tetap tidak hilang. Selain itu jugak sy selalu sakit di bahagian sendi sendi di waktu malam dan akan hilang pada esok nya . Sakit hingga tak boleh bergerak atau akan jalan terjengket jengket. Selain itu sy selalu ingin berasa pitam jika berdiri lama atau berjalan , dan sy jugak ingin berasa pitam jika bangun dari duduk atau baring . Sy kena duduk dulu dan baru boleh mula berdiri semula. Boleh doctor beritahu apakah masalah kesihatan yg sy sedang alami sebenar nya. Terima kasih doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cirit-birit yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Inflammatory Bowel Disease (hilang berat badan, cirit birit, anemia sehingga pitam)
- Irritable bowel syndrome
- Keracunan makanan
- Jangkitan dalam usus
- Masalah hempedu
- Masalah tiroid seperti hipertiroid
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.