
Anonymous
5 tahun
Tidak tahu mengandung tapi makan pil perancang yasmin
Sy nk bertanya jika kita tidak tahu kita mengandung tapi kita makan pil perancang, apakah boleh gugur atau bayi dalam kandungan selamat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tiada kajian yang menyatakan bahawa tersalah makan pil perancang sewaktu kehamilan membawa kemudaratan terhadap kandungan. Anda amat disarankan untuk berhenti pengambilan pil perancang seketika dan memastikan kehamilan anda dengan membuat ujian air kencing kehamilan/ rujuk kepada seorang doktor.
Untuk mendapatkan maklumat/pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih