
Sulit
4 tahun
Tidak terganggukah darah haid untuk keluar saat pengambilan pil perancang pertama?
Salam sejahtera doktor saya wanita 20an & sudah berkahwin mahu bertanya tentang pil perancang. Saya baru mula makan pil perancang pek pertama pada hari ke-3 haid saya, hari ini pada hari ke-4 darah haid saya tidak keluar. Adakah ia normal atau cara makan saya salah? Jadi tidak terganggukah darah haid untuk keluar jika kita mula makan pil perancang sewaktu datang haid? Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pil perancang boleh menyebabkan perubahan pada haid anda dan perkara ini adalah normal kerana perubahan hormon dalam tubuh badan anda.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.