
natashaamlizam
4 tahun
Timbul buah air di jari
selamat sejahtera Dr,saya nk tahu lebih mendalam tentang situasi saya.sejak kebelakangan ini jari tangan kiri saya sering timbul buah air,dan rasa gatal.Boleh saya tahu ap punca jari saya sering timbul buah air ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bintikan berair yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gigitan serangga
- Penyakit kayap
- Cacar air (chicken pox)
- Kesan geseran jari
- Jangkitan Herpes simplex (virus yang menyebabkan selesema)
- Penyakit tangan, mulut dan kaki
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.