
mdmjunlie
5 tahun
Timbul merah2 spt gigitan nyamuk di badan dan muka
Doc, badan saya, termasuk bahagian muka kerap timbul bintik merah spt bekas gigitan nyamuk… dan ia sangat gatal.bintik itu akan timbul dan hilang… dan akan timbul semula tapi ditempat berlainan… kekadang tpt yg sama… apakah punca dan cara mengatasinya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan
- Jangkitan Virus
- Urticaria
- Dermatitis kepada bahan kimia
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Rawatan yang bersesuaian adalah berdasarkan punca kepada masalah anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.