
Anonymous
4 tahun
Timbul seperti jerawat di zakar
Saya lelaki dalam lingkungan 30 an, di bahgian sulit saya iaitu zakar, timbul seperti bentuk jerawat, dan merasa gatal-gatal apabila selepas mandi atau berpeluh, tibulnya seperti jerawat itu berlaku 4 hari lepas, adakah ini tanda-tanda awal penyalit sifilis? Saya harap dokotor boleh menjawab pertanyaan saya ini, dan saya amat risau, sekian terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Biasanya, benjolan atau luka pada zakar atau kemaluan, boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan herpes
- Jangkitan sifilis
- Jangkitan bakteria dan bernanah
- Kurang penjagaan kebersihan
- Jerawat pada kulit
Untuk mengetahui apakah penyebab benjolan yang anda maksudkan, maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dilakukan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.