
Sulit
3 tahun
Tindakan selepas kuarantin
Saya dalam awal 50an tinggal bersama 2 anak 26 & 25 tahun. Kuarantin di rumah tanpa dihubungi oleh pihak KPD selepas anak sulung sy disahkan positif pada 10/5/2021. Yg lain negatif. MySejahtera updated daily. Apa tindakan selanjutnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami sarankan anda untuk menghubungi pihak kesihatan untuk mengetahui tindakan selanjutnya. Buat sementara ini, kami sarankan anda dan anak anda mengamalkan kuarantin kendiri sehingga dihubungi. Anda juga boleh menghubungi pihak CPRC untuk mendapatkan informasi mengenai tindakan selanjutnya.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dialami oleh anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini