
Sulit
4 tahun
Tinggal pil perancang revigidon
Assalamualaikum dan morning
Sy makan pil perancang revigidon selama 8thn
Dan kebelakangan ni period sy x ok sebelum period sy akan senggugut tp x teruk sakit senggugut sy. warna darah hari pertama warna merah gelap hari ke 2 sama dan ke 3 koko n koko smpi hari ke 5.
13.6.20 period,sepatutnya sy perlu mkn ubt pada 15.6.20 tapi sy x mkn ubt dan sy tunggu period yg seterusnya pada 11.7.20 sy period masa period yg kedua ni perjalanan period
sy elok kluar darah lendir merah dan sy start makan pil perancang revigidon pada 13.7.20.slama tempoh sbln sy menggunakan kondom dan buang luar.andai sy bersama adakah risiko sy mengandung?.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan, Revigidon adalah pil perancang jenis gabungan. Ia diambil sekali dalam setiap hari. Jika anda tidak mengambilnya dalam masa sebulan, anda berisiko untuk hamil. Namun, risiko ini rendah kerana anda juga menggunakan kondom sewaktu anda bersama.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih