
fatinamirahazlan
3 tahun
Tinggling Sensation pada Upper Back
Hi Dr, saya wanita berumur 25 tahun. Saya ada masalah sakit belakang. Apabila saya berdiri atau duduk sambil melakukan kerja seharian, saya merasakan tinggling/sharp sensation, burning di upper back (left). Sebelum ini saya pernah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan Dr memberitahu bahawa saraf tegang. Baru2 ini saya mendapati tumit kaki akan berasa sakit dan berwarna sedikit kuning sekiranya saya berdiri selama 10-15min. Adakah ini punca daripada sakit belakang saya ataupun tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, kebas, sharp, burning sensation pada belakang anda adalah sebab saraf tegang anda. Manakala, sakit tumit kaki dan warna kuning bukan disebab oleh sakit belakang anda, ia boleh disebab oleh perkara lain seperti, kecederaan pada tumit kaki, penyakit pada saluran darah, darah tinggi, jangkitan dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.