
Anonymous
5 tahun
Tiroid dan masalah kesuburan
Saya ada masalah hypothyroid dan telah menjalani rawatan pada tahun 2017. Setelah beberapa bulan makan ubat levothyroxine dan akhirnya level throid telah kembali normal. Saya rasa tahap kesuburan saya mula turun baru-baru ini. Adakah masalah tiroid saya kembali lagi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Wanita yang menghidap penyakit hipotiroid boleh mengandung. Walau bagaimanapun, penyakit tiroid boleh menjejaskan ovulasi (pelepasan telur dari ovari) dan mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur. Dengan ovulasi yang tidak dapat dijangkakan, pesakit rtiroid berpotensi mengalami kesusahan untuk menjadi hamil.
Masa terbaik untuk hamil adalah apabila hormon tiroid berada pada tahap yang optimum. Maksudnya, jumlah tiroid anda harus dikawal dengan baik terlebih dahulu sebelum hamil.
Levothyroxine adalah ubat pilihan apabila anda sedang cuba hamil dan dalam tiga bulan pertama kehamilan.
Risiko yang dihadapi wanita hamil yang mempunyai masalah tiroid termasuk keguguran, kematian janin serta risiko bagi penyakit-penyakit seperti kegagalan jantung, preeklampsia dan “thyroid storm”. Risiko kepada janin pula ialah tiroid janin juga terjejas, masalah pertumbuhan di dalam rahim, kelahiran tidak cukup bulan atau kecacatan.
Oleh itu, pesakit masalah tiroid patut menerima kaunseling pra-kehamilan bagi menentukan rawatan terbaik untuk mengawal tahap tiroid, menerima maklumat mengenai kesan penyakit tiroid kepada anak dan untuk belajar tentang risiko-risiko ketika hamil.
Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar wanita. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.