
Sulit
5 tahun
Titisan air selepas buang air dan cecair jernih keluar daripada kemaluan
Saya lelaki berusia 25 tahun. Saya mengalami dua masalah berkenaan kemaluan saya, tak pasti kedua-duanya berkaitan atau tidak.
Saya mengalami masalah di mana setiap kali selepas buang air kecil/ mandi, saya dapat rasa ada titisan air keluar daripada kemaluan. Saya rasakan itu adalah kencing tak lawas. Setelah buat senaman kegel beberapa minggu masih tiada kesan. Masalah yang sama maaih berlaku.
Terdapat cecair jernih dan melekit (mungkin air mazi) keluar dari kemaluan saya. Masalahnya cecair ini keluar tak kira masa, walaupun saya tidak dalam keadaan teransang. Kadang-kala keluar sedikit dan kadang-kala keluar banyak. Paling kerap cecair ini keluar pada waktu pagi.
Untuk makluman juga, masalah ini saya telah hadapi kira-kira lebih sepuluh tahun sejak zaman sekolah. Saya juga tidak pernah terlibat dengan mana2 hubungan kelamin.
Apakah punca masalah ini? Saya tidak tahu cara untuk merujuk dengan doktor yang bersesuaian.
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- “sphincter” iaitu tisu yang mengawal pembukaan saluran kencing rosak
- Masalah prostat atau kalenjar pemprosesan cecair mani - seperti keradangan atau ketumbuhan
- Nanah dari jangkitan saluran kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.