
Sulit
4 tahun
Tiub makanan tercabut
hi doctor, ayah saya baru pulang dari hospital. sewaktu dia berada disana, dia memakai tiub makanan. tapi saya perasan tiub itu sudah tercabut. siapa yang boleh pasang nya kembali? adakah klinik swasta membuat service datang kerumah untuk pemasangan semula diwaktu pandemic ini? kerana keadaan dia susah untuk bangun.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa klinik swasta yang melakukan servis rawatan ke rumah. Saya sarankan anda untuk menghubungi dahulu klinik atau hospital yang berdekatan dengan rumah anda untuk bertanyakan dahulu jika mereka mempunyai servis tersebut.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.