Anonymous
6 tahun
Tlalu awal ejakulasi ketika hubungan intim
Saya brumur 28 thn dn baru sthn lebih bkahwin dan blum dkurniakan zuriat.stiap kali mlakukn hubungn intim,saya sllu awal ejakulasi…dh selesai hubungan ada kesan air di tilam.sedangkn saya mgmbil masa yg lama bru mcabut zakar …dan kualiti air mani saya kurang pekat.adakah sebab tu itu saya dn isteri blum dkurniakan zuriat.dan apakah kaedah yg sesuai tok buktikn sperma saya elok…n kaedah tok kmi mdptkn zuriat.tq
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Kebanyakan kes ejakulasi/pancutan pramatang tidak berkaitan dengan sebarang penyakit dan sebaliknya disebabkan oleh faktor psikologi, seperti:
- kurang berpengalaman seksual
- isu dengan imej badan
- kebaharuan hubungan
- terlalu banyak rangsangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



















