
Sulit
5 tahun
TMJ dan air liur bercampur darah segar
Hi Doctor, saya lelaki berumur 39 tahun. sudah mengalami TMJ disorder yang agak lama.hampir tiap hari saya mengalami ketidakselesaan di bahagian kiri sperti bunyi click, telinga berdesing dan kadang-kadang air liur bercampur sedikit darah segar bila melakukan pergerakan aktif di rongga. saya tidak pernah mendaptkan rawatan. pertanyaan saya:
1- adakah pergerakan rongga mulut bagi TMJ disorder boleh mengalami pendarahan?
2- pakar apakah yang perlu saya rujuk? adakah bahagian pergigian atau ENT?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini harus dirujuk dengan doktor pakar gigi. Saya tidak dapat untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal ini kerana ianya di luar bidang kepakaran kami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi.
Namun begitu, TMD adalah masalah berkaitan sendi rahang. Maka pergerakan rahang tersebut mungkin tidak berkaitang dengan pendarahan di dalam mulut.
Untuk masalah perubatan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.