
Sulit
4 tahun
Toksoplasmosis di mata
Doc sy wanita 30 an.sy positif toksoplasma ,jangkitan di mata ,ini kli ke 7 sy terkne …tokso …sya rsau …adakah sya boleh mengandung ? Bgaimana cara untuk sya melawan jangkitan ini dari terkena lagi dan lagi…satu lagi persoalan ketika kita positif tokso …boleh kew tertular dgn air liur dari ciuman ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara umumnya, penyakit toksoplasmosis akibat jangkitan parasit yang dikenali sebagai Toxoplasma gondii ( T. gondii ). Parasit ini boleh dijumpai pada najis kucing ataupun memakan daging mentah. Seorang ibu yang mengandung boleh mengjangkiti penyakit ini kepada anaknya dan boleh menyebabkan masalah pada mata dan otak anak. Terdapat rawatan antibiotik dalam bentuk pil dan terdapat juga rawatan antibiotik untuk ibu hamil. Bayi yang lahir dan dijangkiti penyakit ini akan memerlukan rawatan selama setahun dan akan dipantau kesihatannya selama mengambil rawatan.
Doktor pakar menyarankan untuk menunggu 6 bulan sebelum cuba untuk hamil, namun anda disarankan untuk berbincang dengan doktor pakar sakit puan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dalam hal ini.
Buat sementara waktu, saya nasihatkan anda untuk memakan ubat yang diberikan oleh doktor anda dan melakukan cara-cara pencegahan seperti:
- Gunakan sarung tangan saat berkebun atau memegang tanah.
- Hindari memakan daging mentah
- Cuci tangan dengan sabun
- Basuh buah dan sayur-sayuran sebelum makan
- Menjaga kesihatan haiwan peliharaan
- Gunakan sarung tangan dan topeng muka sebelum membersihkan najis kucing peliharaan
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.