
Sulit
4 tahun
Tompok darah merah kecil rapat rapat
Hi doc isteri sy 22 Baru baru ini isteri saya mengalami tompok rapat darah merah yg gatal di seluruh kawasan badan( kadang di belakang,tangan, pinggang, peha, perut). Tapi dia akan hilang dalam masa 3-4 jam lepas sapu minyak angin. Kerap datang dalam seminggu munkin 3 kali. Boleh sy tahu serius ke benda tu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tompokan/bintikan merah dan gatal boleh disebabkan:
- Gigitan serangga seperti kutu tilam
- Alahan dermatitis pada kain atau sabun
- Kesan ubat - seperti antibiotik
- Kesan kekurangan zat besi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.