akmar
4 tahun
Tompok hitam di bahagian dalam bibir
Anak perempuan saya berumur 9 tahun. tiga hri lepas dia ada tunjuk di bahagian dalam mulut tompok-tompok hitam di bahagian dalam bibir agak banyak dan tompok itu juga ada di dabahagian bawah gusi di bahagian depan gigi sebelah bawah. Apakah sebabnya ye doktor? harap doktor dapat bantu…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tompok hitam dibahagian bibir seperti yang dijelaskan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Peutz-Jeghers Syndrome - yaitu sejenis penyakit warisan yang ditandai dengan tompok hitam bibir, polip di usus dan riwayat keluarga. Syndrome (himpunan gejala) ini perlu diperiksa kerana dikhuatiri tanpa pengawasan teliti penyakit ini dapat menjadi kanser dimasa hadapan.
- Akibat reaksi terhadap ubatan, keradangan, rokok dan sebagainya
- Penyakit Addison’s masalah terkait ketidakseimbangan hormon di kelenjar adrenal
- McCune-Albright Syndrome
- Sejenis kanser terkait melanin
Memandangkan gejala ini telah berlangsung pada anak kecil dan timbul dalam kuantiti yang banyak, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini dengan merujuk doktor pakar kanak-kanak (pediatrik). Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.