
Sulit
4 tahun
Tompok-tompok kecil putih di sekitar kemaluan
Saya wanita berumur 20 tahun dan belum berkahwin. Saya mempunyai tompok-tompok putih pada kemaluan dan tidak gatal. Adakah ianya kurap? Dan apakah penyelesaiannya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami faham akan kebimbangan anda terhadap benjolan yang terdapat di kemaluan anda.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
- Infeksi kulit seperti folliculitis(keradangan liang roma )
- Penyakit kelamin seperti siflis , gonorea dan sebagainya
- Bintik Fordyce: di dasarnya di bawah permukaan kulit terdapat kelenjar minyak. benjolan yang sering dianggap sebagai penyakit kelamin. Sering timbul dalam jumlah yang banyak.
- Ekzema
- Contact dermatitis
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih