
Sulit
4 tahun
Tompokan darah sebelum waktu haid
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya selepas makan postinor saya dapati elama 5 hari cuma ada tompokan coklat seperti di hujung² waktu haid sahaja yang keluar dan ianya awal seminggu. Adakah itu kesan daripada pengambilan postinor atau hamil?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala cecair berwarna coklat yang anda alami boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Jangkitan kelamin
Antara kesan sampingan postinor juga boleh menyebabkan spotting lebih awal daripada waktu kitaran haid. Namun jika anda tidak datang haid selama 3 minggu, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!