
Sulit
5 tahun
Tompokan putih di mata hitam
Salam doktor,kawan saya mempunyai tompokan putih betul2 dihujung mata hitam beliau. Beliau merasa gatal,tidak selesa sprti ada sesuatu didalam mata,pedih dan mata merah. Beliau memberitahu saya bahawa beliau banyak menangis beberapa hari lalu. Adakah keadaan ini perlu di risau kan? Dan apa yg berlaku kepada mata beliau?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan kuman dalam mata
- Alahan mata - seperti pada debu atau produk pembersih
- Masalah rabu/astigmatism
- Glaukoma - sekiranya anda mempunyai faktor risiko seperti diabetes atau tekanan darah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.