
Sulit
5 tahun
Tonsel bernanah dan batuk
salam sejahter dr. saya lelaki 26tahun…saya nak tanya saya sudah 3kali ke klinik swasta kerana saya batuk dan last saya pegi masa 01/04 tonsel saya brnanah dorc tersebut cakap dan saya di berikan ubat radang tetapi sehingga kini tonsel saya masi belum sembuh adakah saya kena opergi ke hospital kerajaan atau perlu ke saya dapat kan surat dari klinik swasta tersebut untuk rujukan?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda. Tonsillitis merupakan keradangan tonsils anda yang dijangkiti oleh bakteria ataupun virus. Tonsillitis boleh dikategorikan kepada tiga jenis mengikuti jangka masa simptomnya, iaitu tonsillitis akut, tonsillitis kronik dan tonsillitis berulang. Bagi anda, kekerapan berlakunya tonsillitis meletakkan anda dalam kategori tonsillitis berulang.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan anda mempunyai tonsil bernanah, iaitu ubat yang tidak bersesuaian, bakteria yang tidak sensitif terhadap antibiotik yang anda makan, sistem imun yang lemah dan berkemungkinan besar rumah anda mempunyai pembawa bakteria ini. Jikalau anda mempunyai tonsillitis, anda akan mengalami nafas berbau, sakit tekak, sakit menelan, demam, tonsils yang merah dan nodus limfa yang bengkak. Sama ada anda memerlukan pembedahan tonsil tertakluk kepada kekerapan jangkitan anda dan keseriusan kondisi anda.
Untuk berjumpa dengan doktor di hospital kerajaan, anda boleh mendapatkan surat rujukan daripada doktor di klinik swasta bagi mempercepatkan proses. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.