Sulit
3 tahun
Tonsil ada keputihan
Saya wanita berumur 24 tahun. Kebelakangan ni gusi hujung gigi sya bengkak dan sakit. Kemudian pada hari seterusnya sya mendapati tonsil saya ada keputihan. Sebelum ini sya ada sakit tekak juga.
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Tonsilitis (daripada jangkitan virus)
- Jangkitan kulat
- Jangkitan bakteria (Streptoccoccus)
- Epstein-barr virus/ Glandular Fever
- Batu tonsils/ kerang tonsil
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.