
Anonymous
5 tahun
Tonsil bekak dan keputihan
Saya sakit tekak slama smnggu dan tak baik-baik wlau saya ambil bnyk ubat…di bhgian dalam tekak saya ada banyak keputihan seperti nanah

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Daripada deskripsi anda, anda berkemungkinan menghidapi keadaan yang dinamakan tonsillitis. Tonsil adalah tisu adenoid yang mengandungi 2 bahagian pada bahagian belakang leher anda. Tonsilitis yang disebabkan oleh jangkitan bakteria strep dirawat dengan antibiotik kebiasaannya dapat menyembuhkan jangkitan dalam masa yang singkat. Tetapi tonsillitis juga boleh disebabkan jangkitan virus yang menyebabkan jangkitan tersebut lebih sukar untuk dirawat. Kebiasaannya jangkitan virus yang menyebabkan tonsilitis akan mengambil masa yang agak lama untuk dirawat dan pulih.
Antibiotik tidak dapat membantu dalam jangkitan virus. Jangkitan virus tonsil oleh itu dirawat hanya dengan menggunakan rawatan yang konservatif iaitu dengan memastikan pesakit mendapat rehat yang mencukupi, minum air dengan banyak dan mengawal suhu badan jika demam. Jika anda sudah dirawat dengan ubat antibiotik, anda perlu menghabiskan ubat tersebut mengikut arahan doktor. Jangkitan bakteria tonsil boleh dirawat secara berkesan dengan antibiotik. Seorang doktor akan menetapkan ubat yang sesuai.
Ubat tahan sakit yang ringan seperti paracetamol mungkin berguna untuk meringankan kesakitan tonsilitis. Seperti mana-mana antibiotik, apabila rawatan bermula, adalah penting untuk mengambil ubat yang ditetapkan sepenuhnya. Menghentikan antibiotik sebelum waktu yang sepatutnya walaupun pesakit merasa lebih baik, dapat menyebabkan pertumbuhan bakteria secara kekal.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih