Sulit
4 tahun
Tonsil bengkak dan membesar
Saya lelaki berumur 18 tahu dan saya mempunyai masalah tonsil ini . Kali ini sakitnya berbeza dgn sebelumnya , ianya mengganggu tidur saya kerana saya terpaksa bernafas menggunakan mulut , ubat yang saya ambil di hospital sudah habis tetapi masalah ini tidak selesai . Bahagian telinga saya juga merasa sakit adakah ianya berkait ? Atau penyakit yang berbeza ? Apakah rawatan seterusnya yang harus saya lalui ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah tonsil bengkak ini mempunyai beberapa sebab seperti jangkitan kuman (virus/bakteria) atau alahan. Sekiranya ubat yang diberikan sudah habis dan bengkak tonsil ini masih tidak surut, anda boleh membuat pemeriksaan sekali lagi dengan doktor anda bagi mendapatkan ubat baharu atau siasatan diagnosis lain. Sakit telinga yang anda alami boleh disebabkan faktor “sakit rujukan” kerana saraf kepala yang melalui kawasan tonsil juga melalui telinga. Selain itu, sakit telinga anda juga boleh disebabkan jangkitan kuman atau masalah bengkak gegendang telinga.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.