
Sulit
4 tahun
Tonsil bengkak, merah, dan ada tompokan putih, demam
hi…sy mengalami tonsil bengkak, merah dan ada tompokan putih pada tonsil…badan sy sangat lemah, demam dan sejuk …perlukah sy consult doc di klinik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Karang tonsil
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana anda menyatakan gejala red flag mengenai masalah yang anda alami.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala yang disebutkan:
- Demam
- Sakit tekak
- Batuk berkahak
- Nafas berbau
- Lemah badan
- Sukar bernafas
- Nafas berbunyi
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.