wukong

5 tahun

Tonsil bengkak perlu dibedah?

tonsil saya bengkak dan sangat nampak bila saya check mulut. kawan saya operate dulu, adakah saya perlukan pembedahan juga. ada alternatif lain?

Dr Ilias,

5 tahun

Hai, terima kasih di atas pertanyaan anda.

Bengkak yang berlaku di dalam tonsil berlaku apabila terdapat bahan yang dikenali sebagai tonsillolith berkumpul. Bahan ini boleh mencapai saiz sehingga sebesar biji lada hitam dan biasanya berwarna keputih-putihan. Bahan utama yang terkandung di dalam bengkak ini adalah kebanyakannya kalsium. Terdapat juga hydrogen sulfide dan methyl mercaptan yang menyebabkan bau yang tidak menyenangkan keluar daripada tonsil tersebut.

Walau bagaimanapun, kebiasannya masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang tidaklah serius dan boleh sahaja dirawat menggunakan ubat-ubatan. Harus diingati bahawa setiap pembedahan mempunyai risiko samada risikonya besar ataupun kecil, ianya bergantung kepada keadaan pesakit tersebut.

Semoga jawapan yang diberikan dapat menjawab soalan anda. Sekiranya keadaan masih tidak reda, saya nasihatkan supaya anda mendapatkan nasihat daripada seorang doktor secara langsung agar keadaan anda boleh diperiksa dengan lebih terperinci.

Sekian, terima kasih.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Untuk pengetahuan anda, tidak semua bengkak tonsil memerlukan pembedahan. Jadi anda tidak perlu merasa terlalu risau.

Punca bengkak tonsil selalunya adalah akibat jangkitan bakteria. Pesakit yang mengalami bengkak tonsil seringkali turut mendapat simtom lain seperti demam, sakit tekak, nafas berbau, sukar dan sakit untuk menelan serta bengkak pada kalenjar leher. Selain itu, pesakit yang mengadu bengkak tonsil juga mungkin disebabkan nanah pada bahagian peritonsillar yang terletak di keliling tonsil. Penghidap masalah ini selalunya akan mengalami demam, sakit tekak yang teruk, air liur meleleh, nafas berbau, sukar membuka mulut, dan perubahan suara.

Rawatan bagi masalah bengkak tonsil adalah melalui terapi sokongan seperti pengambilan air yang cukup, pemakanan yang seimbang dan mencukupi serta ubat untuk mengurangkan demam dan kesakitan. Namun begitu, pembedahan perlu dilakukan bagi pesakit yang mempunyai kriteria seperti:

  • Bengkak tonsil lebih enam kali dalam setahun
  • Bengkak tonsil lima kali dalam dua tahun berturut
  • Mengalami jangkitan pada tonsil atau adenoid tiga kali atau lebih dalam 3 tahun berturut meskipun telah mendapat rawatan secukupnya
  • Kriteria lain seperti demam dengan suhu melebihi 38 darjah, bengkak kalenjar leher, nanah pada tonsil, atau mengalami masalah seperti kesukaran bernafas ketika tidur

Hai Selamat Pagi. Terima kasih untuk soalan anda.

Tonsil bengkak atau jugak dikenali sebagai tonsillitis ialah dimana terdapat keradangan di bahagian tonsil, iaitu organ di sebelah dalam tekak anda. Ia boleh hadir dengan bengkak tonsil dengan bernanah atau tidak bernanah. Untuk pengetahuan, tonsil bengkak kebanyakan menyerang golongan kanak-kanak dan kebanyakan dari mereka akan sembuh tanpa perlu dirawat dan episod serangan akan berkurangan apabila mereka dewasa. Namun terdapat juga beberapa kes di mana tonsil bengkak menyerang orang dewasa.

Tidak dinafikan bahawa salah satu rawatan ialah dengan pembedahan, namun terdapat juga beberapa jenis rawatan lain. Pembedahan membuang tonsil perlu dilakukan atas beberapa perkara. Yang pertama ialah apabila seseorang mengalami serangan tonsil bengkak berulang kali.

Yang kedua, pembedahan membuang tonsil juga dilakukan sekiranya seseorang menghidap tonsil bengkak yang bernanah, dan nanah ini gagal dirawat dengan menggunakan antibiotik.
Seperti yang dibincangkan pada mulanya, selain pembedahan, terdapat juga beberapa kaedah rawatan lain, antaranya ubat tahan sakit dan antibiotik. Pesakit juga digalakkan untuk meminum air dengan cukup. Pesakit juga digalakkan untuk menjaga kebersihan mulut dan mendapatkan rehat yang cukup.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)