
Sulit
4 tahun
Tonsil bengkak sedikit dan ada bintik putih pada tonsil
Saya berumur 34 tahun… Tonsil saya bengkak sedikit, batuk sedikit dan ada bintik putih pada tonsil… Saya tidak demam… Adakah normal jika tonsil bengkak tapi tidak demam? Saya ada baca artikel mengatakan tonsil bengkak tanpa demam adalah tanda kanser tekak…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ianya berkemungkinan untuk anda mengalami masalah tonsilitis (keradangan tonsil) tanpa gejala demam.
Selain itu, hanya satu gejala yang anda alami tersebut tidak terus merukuk kepada kanser tekak. Terdapat gejala lai untuk kanser tekak iaitu:
Perubahan suara, suara serak atau tidak bercakap dengan jelas
Kesukaran menelan
Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
Sakit tekak yang berterusan
Perlu kerap untuk membersihkan kerongkong anda
Batuk berterusan (mungkin batuk darah)
Kelenjar limfa bengkak di leher
Nafas yang berdehit
Sakit telinga
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.