Anonymous
4 tahun
Tonsil kanak-kanak umur 3 tahun
Salam sejahtera doctor,
Anak saya berumur 3 tahun dan mengalami tonsil pada kiri dan kanan. Anak saya kerap demam panas bacaan suhu 38 - 39, selalu muntah setiap kali makan atau minum. Kurang makan dan lebih kepada minum susu setiap hari. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah tonsil ini? Adakah perlu menjalani ujian pemedahan?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah berkaitan tonsil ini boleh disebabkan beberapa perkara. Namun jangkitan seperti tonsilitis dan para-tonsilar abses adalah antara patologi yang biasa dijumpai dalam kalangan kanak-kanak. Untuk mengatasi masalah ini, rawatan yang boleh diterima adalah seperti ubat antibiotik serta ubat demam. Manakala pilihan pembedahan perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu serta bergantung kepada kecergasan untuk pembedahan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.